Di saat kita di landa masalah, Dia (Allah) ada disini untuk mendengar masalah kita^^
Mocha Machino
ABOUT ENTRY LINKS ASK.FM I ASK.FM II TUMBLR
PBS yang Agak Menyusahkan! Akulah MANGSAnya!
•Sunday 29 December 2013•Comment Here

PBS yang menyusahkan lagi menyusahkan

1. Menyusahkan guru
2. Menyusahkan murid
3. Menyusahkan sekolah
4. Menyusahkan anak-anak guru

Kalau nak meniru sistem luar negara yg dikatakan bagus, tengoklah dulu bagaimana tahap kelajuan internet di Malaysia, bagaimana tahap pendidikan sedia ada murid-murid semasa di sekolah rendah sebelum masuk ke sekolah menengah, lihatlah beban kerja cikgu yang telah sedia ada, lihatlah gaji cikgu di Malaysia, lihatlah beban masa bekerja, lihatlah!! Bukalah mata wahai pak2 menteri wahai pak2 makcik2 penggubal dasar yang 'bijak,cerdik'.

Sistem yg selalu hang. Ibu-ibu yang bergelar guru, bapa-bapa yang bergelar guru terpaksa bangun pagi.. bersengkang mata hendak memasukkan markah ke dalam sistem pbs online. Bukan guru-guru membenci pbs bukan kerana tidak suka mengajar walhal itu sememangnya tanggungjawab insan bergelar pendidik! Bukan kerana mereka tidak sanggup berkorban masa dan tenaga! Jangan hanya sedap mulut cakap guru-guru yang tak menyokong pbs adalah guru yang malas.

Guru-guru inilah yang bekerja lebihan masa tanpa ada bayaran OT per hour. Duduk di bilik guru menanda kertas, membawa balik folio-folio PEKA ke rumah untuk ditandatangan setiap satu muka surat, memberi markah yg sewajarnya, memasukkan markah ke borang PEKA, memasukkan borang ke setiap file murid-murid, masukkan markah online etc. Yang membuat kelas tambahan petang, malam mahupun hujung minggu tanpa sesen bayaran pun. Yang lebih banyak memperuntukkan masa utk sekolah, untuk murid-murid, untuk mendidik generasi bakal pemimpin masa depan negara berbanding masa yang diperuntukkan untuk keluarganya sendiri. Berbanding masa utk anak-anaknya sendiri.

Justeru, adakah adil merampas secuit masa yang tinggal berbaki utk keluarga, utk anak-anak mereka dgn sistem pbs yang entah ke mana hala tujunya? Bayangkan jika seorang guru mengajar 5 kelas. Setiap kelas ntara 35-40 orang. Setiap minggu ada sahaja soalan pbs yang harus ditanda, masukkan markah online. Diberi penilaian band, eviden etc.

Itu tidak dilihat lagi pada soalan sains pbs peperiksaan tingkatan 2 baru-baru ini yang kesemuanya menjurus kepada KBKK yg melampau. Mungkin tujuan ujian utk melihat sejauh mana keupayaan murid2 tetapi jika itulah format pmr (atau whateva nama barunya nanti) pada tahun 2014 kelak, malanglah batch tersebut kerana menjadi mangsa. Sedangkan orang dewasa mahu menjawab harus berhenti sejenak berfikir mendalam. Ditanya tentang genetik, klon, dolly the sheep, peratusan kacukan, plimsoll line on ships berkaita dgn density etc.. Seingat saya ketika tingkatan 2, saya tak akan mampu menjawab soalan2 itu semuanya dgn baik. Mungkin saya tidak bijak.

Tetapi apa yang ditanya tidak begitu selari dgn apa yang dipelajari atau lebih tepat bagaimana kaedah sistem pembelajaran topik tersebut di dalam kelas. Kaedah di kelas lebih banyak teori yg diajar secara plain saja. Bukan salah cikgu tetapi mmg sebegitu sukatan pelajarannya. Jika ingin diubah, buku teks juga perlulah lebih berupaya mencungkil pemikiran kritis, lebih banyak info.Mungkin juga kaedah mengajar justeru guru-guru pun perlu diberi kursus, taklimat etc sebelum mempraktikkan pbs ni secara menyeluruh.  Anda tidak boleh expect murid-murid balik sekolah," oh hari ini belajar tentang genetik sikit (ilmu genetik setakat level pmr ada terpikir ke nak google cari extra info?, apa nak google pun dia tak tau), so nk carilah apa2 new breakthrough tentang genetik". Ada ke? Bukan semua murid-murid ada internet di rumah ye.

Sistem peperiksaan terbaru ini utk subjek sains, matematik semua beraras tinggi. Masaklah dan kasihanlah pelajar tingkatan 3 tahun hadapan. Sepertimana yang dikatakan di atas, sukatan pelajaran semasa tidak selari dengan kehendak dan format peperiksaan. Mereka yg bakal menjadi pelajar tingkatan3 tahun 2014 baru mengikut sistem pbs dari tingkatan 2 "tengah2 jalan". Macam mana nak jawab soalan yg semua aras tinggi jika sukatan, buku teks, kaedah yg sedia ada tidak dapat melahirkan pelajar yg mampu menjawab soalan sebegitu? Soalan sains akan berformat ke arah berbentuk eksperimen sedangkan di sekolah, budak2 eksperimen pun cikai2 je dan tak kompleks. Malahan ada yg cikgu je yang buatkan eksperimen dan pelajar2 hanya observe. Dalam dunia persaingan yang semakin sengit dalam sistem pendidikan kini, para pelajar semakin tertekan dan stress utk mendapatkan straight A's. Salah siapa? Ini menjadi satu mentaliti zaman kini.

Adakah adil mereka mahu dinilai dgn format peperiksaan sebegini sedangkan mereka tidak dibekalkan dan diberikan persediaan yg cukup? Ini menggadaikan masa depan anak2, pelajar2! Jika benar mahu mengadaptasi sistem ini bukan sekarang tetapi nanti setelah semua aspek dikaji dan murid sememangnya dari awal sudah didedahkan dgn gaya pembelajaran dan sukatan pelajaran yang sesuai dgn format peperiksaan!

Alang-alang mahu ditiru sistem luar negara, mengapa hanya sistem pendidikan tidak sistem pentadbiran, sistem pengangkutan awam dan sebagainyakan...

p/s : PBS dah la susah. Tambah lagi dengan peperiksaan besar PISA. haish.. pening kepala aku.


Entry LampauEntry Baru
PERFECLY IMPERFECT
Mocha Machino
16 years old
I can never change my past,it already happend anyway. All I can do is make the best of today,let go and keep moving on
ADIOT

WALKIE TALKIE

Sila tinggalkan jejak disini
I'm here for you
Tiada jejak yang mencarut disini
TALK TALK ! ! >
Always Be Mine

MRS BANNER HERE
LE WEBKINGS



BLOG ARCHIVE

  • Sekolah dah nak bermula ! Alamakk!!
  • Special Giveaway Handmade Bag ct N honey
  • Perkahwinan Saudaraku, Kak Wida.
  • Contoh Kesan Negatif Pembandaran Terhadap Alam Sek...
  • Contoh Maksud Pembandaran Dan Kesan Positif Pemban...
  • Kesan Pembandaran Terhadap Alam Sekitar PBS BAND 5...
  • Latest OpenHouse
  • Raya ! Ada OPEN HOUSE tak?
  • Segmen Jom Pilih Hadiah Raya
  • Jerebu Oh Jerebu