Di saat kita di landa masalah, Dia (Allah) ada disini untuk mendengar masalah kita^^
Mocha Machino
ABOUT ENTRY LINKS ASK.FM I ASK.FM II TUMBLR
Tarikh pelaksanaan PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA ( PT3 )
•Wednesday 18 June 2014•Comment Here
Saya kongsikan pelaksanaan dan jadual PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3). Pentaksiran ini akan melibatkan 8 subjek, dengan 3 jenis kaedah pentaksiran iaitu Pelbagai Instrumen, Ujian Bertulis dan Ujian Lisan (Mendengar & Bertutur).


UNTUK BUDAK BUDAK BATCH 1999 Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menggantikan peperiksaan berpusat awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan bermula 1 Julai ini.

Ia dimulakan dengan instrumen kajian kes bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi pada 1 hingga 18 Julai, di mana murid-murid perlu menyiapkan kerja kursus berdasarkan tajuk yang diberi dalam tempoh berkenaan.

Ujian lisan meliputi kemahiran mendengar dan bertutur bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula akan diadakan pada 6 hingga 29 Ogos.

Seterusnya, murid-murid terlibat akan menduduki ujian bertulis pada 12 hingga 17 Oktober bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Iban.

Menerusi PT3, pelajar terlibat akan dinilai mengikut Band iaitu Band Satu bagi pencapaian yang lemah sehingga Band Enam bagi pencapaian cemerlang.

Tahun 2014 merupakan tahun pertama pelaksanaan PT3 menggantikan peperiksaan PMR, selaras dengan pengenalan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menjurus kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik.

Bagi peringkat permulaan, Lembaga Peperiksaan Malaysia akan membantu pihak sekolah mengolah soalan peperiksaan dan seterusnya sekolah boleh memilih daripada bank soalan yang disediakan itu bagi menyediakan kertas peperiksaan.

Bagi mengelakkan timbulnya isu sekolah-sekolah mengambil kesempatan menaikkan prestasi masing-masing, guru-guru dan pemeriksa dari sekolah lain akan diminta menilai keputusan PT3 sesebuah sekolah supaya dapat diselaraskan.

Pelaksanaan PT3 adalah untuk melihat pencapaian pelajar sejak dari awal, dan membolehkan pelajar yang lemah dibantu untuk menjadi lebih cemerlang pada pentaksiran akhir.


Entry LampauEntry Baru
PERFECLY IMPERFECT
Mocha Machino
16 years old
I can never change my past,it already happend anyway. All I can do is make the best of today,let go and keep moving on
ADIOT

WALKIE TALKIE

Sila tinggalkan jejak disini
I'm here for you
Tiada jejak yang mencarut disini
TALK TALK ! ! >
Always Be Mine

MRS BANNER HERE
LE WEBKINGS



BLOG ARCHIVE

  • Boleh tak upload gambar?
  • Syarat Dai'e : Join Kelab Malaikat
  • Inche Kopiah.: Exclusive Report : Couple & Cinta
  • Handphone Giveaway by Syuhada1981.com
  • Cara Mudah Buat Duit ~ 8Share!
  • PBS yang Agak Menyusahkan! Akulah MANGSAnya!
  • Sekolah dah nak bermula ! Alamakk!!
  • Special Giveaway Handmade Bag ct N honey
  • Perkahwinan Saudaraku, Kak Wida.
  • Contoh Kesan Negatif Pembandaran Terhadap Alam Sek...