Di saat kita di landa masalah, Dia (Allah) ada disini untuk mendengar masalah kita^^
Mocha Machino
ABOUT ENTRY LINKS ASK.FM I ASK.FM II TUMBLR
Syarat Dai'e : Join Kelab Malaikat
•Saturday 7 June 2014•Comment Here
'Encik nak jadi Dai'e?' Penjaga kaunter pendaftaran Dai'e tanya aku.

'Yaa. Saya nak jadi Dai'e. Berapa yuran pendaftaran?'

Dia balas, 'RM50 setahun'

'Oh sebelum saya lupa, kamu juga perlu join kelab Malaikat kalau nak jadi Dai'e.' Dia menambah.

'Ohh baik lahh. Saya cuba masuk kelab Malaikat dahulu kemudian saya bayar RM50 setahun.'

Fuhh. Aku kena join kelab Malaikat dulu laa ni -.-

----------------------------------------------------------------------

Ehh popcorn habis -.-
Which means cerita mengarut kat atas juga habis.

the end.

yaa benar. cerita kat atas sangat mengarut dan mitos dan dongeng.

tapi yang sedihnya, ramai berfikiran macam tu.

nak jadi Dai'e perlulah...
#1 mengeluarkan kos yang tinggi.
#2 Jadi sempurna seperti Malaikat.

And that's why ramai tak nak berdakwah!

'Saya tak baik lagi.'
'Saya jahat dan kejam;'
'Saya lagho.'

Uhukk uhukk.

Pemikiran macam ni lahh yang nak kena buang.
Meh kita ushar jap apa kata-kata Ulama', dalam kitab Al-Munthalaq.

Siapa yang ucap: La ilaha illa Allah maka dia seorang Dai'e.

See?

No need bayar yuran tahunan RM50.
No need join kelab Malaikat.

semata-mata nak jadi Dai'e

Sangat mudah nak jadi Dai'e. Hanya perlu ucap : La ilaha illa Allah.

Adoyai. Dai'e pung tak tahu apa benda?
Dai'e ialah individu atau makhluk hidup yang menyebarkan hasil tarbiah ataupun sebar Dakwah kepada orang sekeliling.

So macam mana tu sebar Dakwah?

Kalau malu sangat nak berdakwah kat jalanan,
malu sangat nak Dakwah ketuk rumah ke rumah,

Atleast.

Dakwah laa kat Facebook atau Twitter.
Bagi aku laa, update status Dakwah dan tweet Dakwah juga sebar Dakwah.

Atleast.

Sekali sehari.
Kalau malas tahap graviti bumi meningkat 10 kali ganda

Sekali sebulan -.-

Ehemm ehemm, by the way

Bidang tugas Dai'e ni juga perlulah :
Amar Makruf, Nahi Mungkar.

Apa itu Amar Makruf Nahi Mungkar?
Macam lagu hindustan je :3

Uhukk uhukk

Amar Makruf Nahi Mungkar.

*Buka kamus Islami* Fuhhh berhabuk

Amar Makruf Nahi Mungkar = Mengajak ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Wowww, 2 in 1 laa pulak

Ajak ke arah kebaikan ni macam ajak ke arah kebaikan laa :3
Istilahnya, kita ajak orang sekeliling nak masuk Syurga.

Kita ajak diorang masuk Syurga ramai-ramai.

Contoh ajakan ke Syurga ialah...
'Wehh jom pi Masjid, ada ceramah Inche Kopiah'

So itu salah satu ajakan kebaikan serta ajakan ke Syurga.

Ajakan tengok Runningman ialah satu ajakan yang lagho. kalau boleh jangan -.-
better pi jenguk blog Inche Kopiah. ada faedah :333

Cegah kemungkaran. macam mana?

Adakah apabila tengok orang berkapel-kapel kat bandar, berpegang tangan, kita terus putuskan pegangan tangan erat cinta antara kapel itu dengan karate chop?

Kemudian kita ditampar balek oleh kapel tersebut.
Kemudian kita kena flying kick.
Kemudian kita kena masuk lokap 2 tahun serta denda RM50

*stop mengarut -.-*

tidak. itu bukan cara Nabi ye

Okay, jom kita Ushar macam mana Nabi bagi guideline kat kita untuk cegah kemungkaran...

Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.

Nak cegah kemungkaran dengan tangan, tangan ni maksudnya dengan kuasa atau pangkat yang kita ada.

Tak mampu beb :')

Cegah dengan lisan.

Tak mampu jugak beb :')

Cegah dengan hati je. Benci je perbuatan keji maksiat tu.
easy kan?

Huarghh baiknya Nabi T^T

Lihat?

Mudah je kan nak cegah kemungkaran. Senang macam makan kacang Nips yang ada kismis :3

Tapi tapi tapi...

Tapi ramai sangat lah yang cegah guna hati
ni yang nak buat aku nangis ni T^T

Padahal lebih elok kita tegur terus daripada guna hati.
Sebab itu Nabi kata cegah dengan hati ialah selemah-lemah Iman :')

Serious talk
Contohnya:

Aku solat
Imran tak solat.

Aku cegah kemungkaran yang aku lihat tu guna hati.

Aku benci perbuatan dia tu.
Aku benci sangat-sangat.
Sampai aku buat tulis kat diary, tulis kat blog yang aku benci sangat perbuatan dia.

And Finally, Imran tak solat sampai mati dan masuk Neraka T-T

tapi

macam mana kalau aku tak cegah guna hati.

Aku cegah guna lisan.
Aku tegur terus.

Aku tegur Imran tak solat.
Aku bimbing dia.
Aku kasi nasihat.

And Finally Imran mampu Istiqamah solat dan qada' semua solat beliau dan masuk Syurga bersama-sama aku :3

Wahh happy ending beb :D

tapikan, ada benda buat aku nangis tak berlagu.
membuat aku menangis lebih teruk daripada tadi.

sebab...
bila dia detect kemungkaran, dia gembira dengan kemungkaran itu T-T

dahlah tak cegah langsung.

bila tengok orang buat kemungkaran, dia relax je.
takde 1mm persegi pun kebencian akan kemungkaran itu -.-

bahkan ada yang happy. bahagia.

itu memang teruk sangat lah. Allahu.
Moga Allah buka hati :')

Atleast.

Jangan gembira dengan maksiat.

Pastikan ada sedikit. sedikit kebencian kepada maksiat.
so tanggungjawab sebagai Dai'e itu dijalankan juga.
walaupun dengan benci perbuatan maksiat itu :))

Wahh. Aku ingin sangat-sangat semua muslim kat dunia ni ada rasa yang diri mereka tu Dai'e >.<

senang gila registration nak jadi Dai'e.
ucap: La ilaha illa Allah je beb

btw, ini pesanan eksklusif khas untuk Da'ie-Da'ie sekalian!

copycat from : http://www.inchekopiah.blogspot.com/2014/02/syarat-daie-join-kelab-malaikat.html


Entry LampauEntry Baru
PERFECLY IMPERFECT
Mocha Machino
16 years old
I can never change my past,it already happend anyway. All I can do is make the best of today,let go and keep moving on
ADIOT

WALKIE TALKIE

Sila tinggalkan jejak disini
I'm here for you
Tiada jejak yang mencarut disini
TALK TALK ! ! >
Always Be Mine

MRS BANNER HERE
LE WEBKINGS



BLOG ARCHIVE

  • Inche Kopiah.: Exclusive Report : Couple & Cinta
  • Handphone Giveaway by Syuhada1981.com
  • Cara Mudah Buat Duit ~ 8Share!
  • PBS yang Agak Menyusahkan! Akulah MANGSAnya!
  • Sekolah dah nak bermula ! Alamakk!!
  • Special Giveaway Handmade Bag ct N honey
  • Perkahwinan Saudaraku, Kak Wida.
  • Contoh Kesan Negatif Pembandaran Terhadap Alam Sek...
  • Contoh Maksud Pembandaran Dan Kesan Positif Pemban...
  • Kesan Pembandaran Terhadap Alam Sekitar PBS BAND 5...